Akhlak Penggubal

Kerangka Ilmu dan Akhlak Penggubal Dasar 2015
 

Kerangka Ilmu dan Prinsip Akhlak Penggubal Dasar

 

Keupayaan paling tinggi yang ada pada manusia adalah berfikir dan kemampuan berfikir berteras ilmu wahyu dan waras serta bijak membezakan seorang insan manusia.

 

Kefahaman dan kesedaran yang jelas bagi tujuan tindakan amat mustahak bagi seorang pentadbir dengan:

 

i)      Menguasai ilmu pengetahuan yang mencukupi dan sejajar dengan tanggungjawab

ii)     Mempertajamkan daya fikir hingga mampu mengeluar hujah yang baik dan bernas

iii)    Memperkukuhkan amalan ibadahnya sebagai daya tahan terhadapan tarikan hawa nafsu

 

Pentadbir dengan kerangka pemikiran yang teguh akan mampu bertanggungjawab menghasilkan keputusan yang adil dan tindakan yang betul.

 

Catatan
Pentadbir
Pentadbir yang berjaya menyumbang kepada Islah (pola kehidupan yang baik, tertib, adil dan sejajar dengan nilai yang tinggi) akan mampu menolak kepincangan dalam diri yang seringnya zalim dan jahil. Ini akan menghasilkan fasad (meliputi kerosakan, kezaliman, penyelewengan, kemerosotan, pembaziran, kekacauan, dan sebagainya).

 

Bagi kerangka pemikiran yang teguh untuk seseorang pentadbir Muslim perlulah:

 

 

i)      Menerbitkan keimanan yang kuat dalam jiwa batin

ii)     Mampu menyingkap akan kebenaran dan kebatilan dengan jelas

iii)    Memamparkan pelaksanaan tanggungjawab yang mementingkan keadilan, ketertiban, kesejahteraan dan keharmonian

iv)    Kesempurnaan dalam pelaksanaan kepimpinan dengan berpegang bahawa kempimpinan adalah ibadah, amal saleh, amanah dan  

        menolak  kemungkaran dan kefasadan.

 

Adab dan budaya ilmu

 

Pentadbir hendaklah melazimkan diri dengan amalan pentadbiran yang sebati dengan disiplin roh, akal dan jasmani yang menjadai adab teras dalam amalan pentadbirannya.

 

Pentadbir hendaklah tidak mendidik diri untuk mengukur dan menafsirkan kebenaran berasakan kekuasan dan status sosial.

 

Pepatah melayu ada menyebut: “dengar cakap enggang makan buah heluduk, dengar cakap orang terus masuk lubuk”.

 

Pentadbir tidak mudah didorong oleh pengaruh sosial, harta benda atau politik yang menjadikan mereka menyeleweng daripada jalan kebenaran.

 

Pertama, setiap manusia tertakluk kepada sifat kelupaan (nisyan) sehingga mereka sering lalai melaksanakan tanggungjawab insani.

 

Kedua, walaupun manusia tahu mereka mempunyai akal akan tabiat sombong dan bongkak akibat ‘nisyan’ akan membuat pentadbir terus leka (ghaflah) dan tidak peduli akibat buruk yang akan diterima kelak.

 

Kesan dari kedua-dua perkara diatas, pentadbir akan mengutamakan keuntungan duniawai yang dikuasai sifat tamak yang melahirkan dua sifat lain iaitu kikir dan dengki semata-mata untuk mengejar pangkat, kuasa dan harta dan akan menjadi kedekut untuk menafkahkan kejalan yang benar.

 

Mentaliti kebendaan duniawi akan melenyapkan dalam dirinya sifat belas kasihan dan bekerjasama dan akan menyalahgunakan kedudukannya sehingga menghalanginya dalam mencapai nilai-nilai yang luhur.

 

Bagaimana kerangka pemikiran teguh dapat dibangunkan?

 

Kerangka pemikiran teguh dapat dibangunkan melalui dua gabungan jenis ilmu iaitu;

 

Pertama, Ilmu Pengenalan. Ilmu yang bersumber wahyu dan memberi sumbangan utama kearah melahirkan peradaban manusia. Ilmu yang menyajikan faham moral dan etika yang mutlak yang menatijahkan kebersihan jiwa dan pembentukan akhlak yang bersesuaian dengan fitrah insaniah. Ilmu yang membentuk sika suka berfikir dan menjadikan seseorang itu mulia di sisi agama dan masyarakat.

 

Kedua. Ilmu Pengetahuan. Ilmu yang berorientasikan kemahiranberkomunikasi, pancaindera, bahasa, alat-alat dan kemahiran yang menjurus kepada peningkatan mutu kerja yang lebih bersistematik. Mampu meningkat kemahiran asas yang perlu dikuasai berkisar dengan aspek profesionalisme, perancangan strategi, pembentukan sistem, tata kaedah dan pendekatan yang perlu dibangunkan bagi menyempurnakan tanggungjawab yang dipikul.

 

Kedua-dua ilmu ini jika digabungkan dengan baik, betul dan sempurna akan melahirkan dan menyuburkan diri seorang penjawat awam dan menghasilkan satu ilmu lain yang dipanggil hikmah.

 

Sesorang pentadbir yang berhikmah adalah pintar dari segi akal fikiran terutama dalam membuat keputusan, pandai membezakan yang benar dan batil dan sentiasa berakhlak mulia.

 

Apabila kerangka pemikiran seorang pentadbir Muslim dibangunkan berdasarkan gabungan kedua-dua ilmu ini akan membuah menafaat yang dapat diringkaskan seperti berikut:

 

i)    Membolehkan dia memahami sesuatu kejadian dan fenomena dan mengendalikannya dengan bijaksana

ii)   Memampukan akalnya menjangkau makna yang tersembunyi

iii)  Membolehkan potensi-potensi baik dikembangkan secara halus sehingga meliputi aspek keistimewaan yakni ilmu, pengetahuan, peradaban,  kemahiran dan kepakaran

iv)  Membolehkan dia mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sesuatu tindakan yang hendak dilaksanakan

v)   Menampilkan keupayaan dalam dirinya untuk memantapkan struktur pandangan persepektif yang jelas dalam setiap keputusan yang dibuat

 

Akal-Budi

 

Pembentukan kerangkan pemikiran akan berlaku dengan baik jika seseorang pentadbir memelihara kedudukan akal-budinya.  Perihal orang yang berakal budi itu adalah ia sentiasa merenung secara akliah akibat dan kesudahan segala perbuatan yang bakal dilakukan bagi membolehkan perbuatan yang dilakukan akan menghasilkan kebaikan.

 

Orang yang berakal-budi akan sentiasa mengingat dirinya supaya tidak menjatuhkan kemuliaan seseorang insan atau mengaibkan dirinya sendiri.

 

Pentadbir yang berakal-budi adalah pentadbir yang mengamalkan sesuatu berdasarkan kebenaran ilmu, dengan mengetahui tentang bila dan bagaimana sesuatu itu perlu diperbuat dan untuk mencapai maksud supaya sesuatu perkara yang dilakukan tidaklah sia-sia.

 

Pentadbir perlu menyuburkan akal-budinya dengan banyak berdamping diri dengan para ilmuan, orang yang berhikmah, beradab dan berakhlak mulia, baik budi pekertinya, cintakan ilmu, tajam dari segi pemikirannya, yang tidak menghabiskan masa membincangkan soal kedudukan, pangkat, atau nama.

 

Pemimpin organisasi yang tinggi dan terlebih akal-budinya akan memutuskan sesuatu perkara berlandaskan kebenaran, mendahulukan kebajikan dan keperluan orang yang dibawah berbanding orang yang berkedudukan, tidak mementingkan diri sendiri, sentiasa melahirkan akhlak dan perilaku yang luhur, sentiasa bercakap tentang perkara yang baik, tidak mencaci, tidak menghina atau menjatuhkan maruah orang lain barulah akan disegani dan dihormati dengan ikhlas oleh orang yang berada bawah kepimpinannya.

 

Walaupun setiap manusia tersusun kecenderungan baik dan jahat sesungguhnya seseorang itu hendaklah mencuba bersungguh-sungguh bagi mendapat segala peri yang baik.

 

Sifat keutamaan yang sesuai dengan ukuran yang ditetapkan syarak adalah:

 

Pertama, mengosongkan diri daripada sifat atau tingkah laku yang tidak semestinya

Kedua, mengisi diri dengan sifat dan tingkah laku yang sepatutnya yakni yang sesuai dengan fitrah insaniah

 

Sifat yang tidak sepatutnya disebut sebagai keburukan (al-radha’il) dan yang sepatutnya disebut kebaikan (al-fada’il).

 

Menurut Iman al-Ghazali rahimullah dalam kitab Ma’arif al-Quds ada tiga cara menyuburkan dan memperkukuhkan akal-budi seseorang:

 

Pertama, membersihkan kotorannya dengan meninggalkan tuntutan syahwat yang melampau (tashqil).

Kedua, mempersimbangkan dengan cara melahirkan alkhlak yang baik dan sesuai dengan tuntutan syarak (ta’dil) dan

Ketiga, membuatkannya bercahaya dengan sentiasa mengingati Tuhan dan melakukan ibadat (tanwir)

 

Apabila ketiga-tiga perkara ini dilakukan, maka akal akan mencapai tingkatan ilmu yang tinggi, yakni bukan setakat mengetahui sesuatu perkara itu seadanya tetapi dapat mengenali hakikat kebenaran perkara tersebut.

 

Kesuburan dan kekuatan akal-budi itu ada kaitan yang rapat dengan kebersihan jiwa seseorang. Jika dibuat tamsilan, jiwa itu ibarat cermin sedangkan pengetahuan itu objek-objek fizikal. Kegiatan mengetahui itu ibarat cermin yang menangkapkan rupa bentuk objek-objek fizikal. Banyaknya rupa bentuk objek yang ditangkap dan kadar jelasnya rupa bentuk objek yang ditangkap itu bergantung kepada kadar kebersihan cermin tersebut.

 

Dibina pada 23 Mac 2015 dan dikemaskini pada 25-Mar-15 oleh Pengendali@2006