Pengislahan dan Kebahagiaan

> Pengislahan dan Kebahagiaan
 

Pengislahan dan kebahagiaan – Pembangunan  Malaysia

 

Plato dan Aristotle adalah pemikir awal yang bersungguh-sungguh dan teratur membahas mengenai kebahagiaan. Semua umat manusia amat memerlukan keamanan dan kesejahteraan dan kebahagiaan.

Keamanan dan kesejahteraan juga merujuk kepada kententeraman diri. Kita mungkin perlu sahaja di lihat aman dan sejahtera namun dirundung kerunsingan dan kerisauan yang dasyat. Turut terlibat adalah para cendekiawan dan agamawan terkemuka yang di landa gelombang syak dan keraguan tentang nasib mereka setelah mati, hakikat ketuhanan, hari akhirat, syurga dan neraka. Ramai ahli agama Barat kini menghadapi kekangan terhadap penyelesaian kerohanian dan permasalahan insan. Mereka juga putus asa  mengenai kewujudan Tuhan.

Catatan

Pengamal Kebahagiaan

Arthur Schopenhauer (1860) seorang firasat Jerman berpengaruh menyebarkan fahaman bahawa dunia dan kehidupan tidak patut wujud. Clarence Darrow (1938) seorang firasat British menyifatkan kehidupan sebagai satu jenaka yang malang, bahkan Tolstoy (1910) novelis terbesar Rusia melihat akan kematian sebagai satu yang pasti dan merumus bahawa kehidupan adalah satu penipuan yang bodoh. Bagi mereka, kebahagiaan ialah memenuhi kehendak dan perasaan sekarang. Syurga harus dibina didunia ini, akhirat hanyalah khayalan mereka yang lemah, yang miskin dan yang tak berkuasa.

Kajian Psychological Abstracts dari 1967-1994 (27 tahun) menunjukkan hanya 46, 380 makalah adalah mengenai tekanan perasaan (depression), 36, 851 mengenai kebimbangan (anxiety) dan 5099 kemarahan dan hanya 2,389 sahaja mengenai kebahagiaan, 2340 mengenai kehidupan yang selesa(life satisfaction) dan 405 mengenai keseronokan.

Kekeliruan, shak dan zann tidak akan membahagiakan manusia walaupundibantu oleh kedudukan ekonomi yang kukuh, kesihatan yang baik dan suasana politik yang stabil. Kekeliruan dan ketandusan keyakinan akan perkara besar seperti Tuhan, agama, akhlak, hakikat semesta, kehidupan akhirat dan sebagainya membuat manusia tidak berupaya menangani masaalah-masaalah peribadi dan keluarga, kesihatan dan pekerjaan yang semakin meruncing. Malah penyakit-penyakit psikologi dan akhlak yang rumit banyak dikaitkan dengan mereka yang kononnya dianggap “genius” , pakar, dalam bidang masing-masing.

 Keseluruhan keadaan tersebut yang merupakan salah satu cirri terpenting pengalaman keagamaan dan kebudayaan Barat adalah tragedi (shaqawah) yang berlawanan dengan kebahagiaan hakiki (sa’adah)

 Insan adalh merupakan makhluk istimewa ciptaan Allah Taala. Jesteru pembangunan ciri jasadi atau fizikal agar bersifat membina dan berguna haruslah berdasarkan ilmu yang benar lagi mendalam mengenai had kegunaannya.

 Kebahagiaan masyarakat tidak wujud dalam alam nyata kecuali selaku cerminan daripada kebahagiaan sebilangan terbesar orang perseorangan dalam masyarakat. Dalam Al-Quran al-Karim, Cuma terdapat dua ayat kalimah kebahagiaan digunakan yakni surah 11 (Hud) ayat 105 dan 108.

 Kebahagiaan dan sa’adah merupakan alat dalaman atau diri rohani yang yakin , hidup serasi dengan keyakinan tersebut. Di dunia, kebahagiaan paling sempurna dialami melalui cinta akan Allah (mahabbah) manakala di akhirat, kebahagiaan dicapai melalui diri ruhani ru’yah.

 Falsafah dan rencana pengislahansesuatu bangsa samada yakin atau tersurat mau pun tersirat bermaksud memberi kebahagiaan kepada semua anggota tersebut kejayaan sempurna (fa’lah) insane bakal menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan (sa’adah).

 Kebahagiaan tidaklah sama dengan keseronokkan jasadi atau perasaan. Keseronokan jasadi berkisarapabila ianya terkeluar dari penderitaan ubuh badan, kemuncak keseronokkan perasaan dilalui apabila kita berjaya mengalami sesuatu yang kita cita-citakan.

Prof Syed Muhamad Naguib Al-Attas menghurai sifat hakiki kebahagiaan itu bukan dirujuk kepada sifat badani dan jasmani insani tetapi kepada keyakinan diri akan hakikat terakhir yang mutlak yang dicari.

Kebahagiaan adalah keyakinan mesra menatap dikalbu insan, iaitu keamanan, kedamaian dan kententeraman kalbu yang juga merujuk kepada ilmu.

Falsafah dan dasar pengislahan Negara harus mengambil kira secara langsung ilmu dan kebijaksanaan tertinggi tentang hakikat ketuhanan, kejadian insan dan alam semesta.

Menjadi tanggungjawab peribadi untuk membahagiakan diri. Adalah menjadi tugas pemimpin untuk memastikan matlamat pendidikan (ilmu) disokong sepenuhnya.

Memetik beberapa falsafah akhlak Cina seperti Kung Fu Tze, “orang yang bersifat unggul mengetahui tentang kebaikan, manakala orang yang berjiwa rendah mengetahuikeuntungan”. Tung Chu Su menekankan agar kita benar-benar mengamal kebaikan tanpa mengira keuntungan.

Jika kepentingan ekonomi, politik dan peribadi jangka pendek di dahulukan, program pengislahan kita hanya lah kebaikan sementara.

 

 

 Dibina pada 23 Mac 2015 dan dikemaskini pada oleh Pengendali@2006