Contoh Aktiviti Belon Emas

RANCANGAN SESI PENGAJARAN

RANCANGAN SESI PENGAJARAN

TAJUK KURSUS : KESEDARAN TERHADAP PENDERAAN KANAK-KANAK

TAJUK SESI : PENGENALAN KEPADA PENDERAAN KANAK-KANAK

MASA : 2 jam (120 Minit)

KEDUDUKAN FIZIKAL : DEWAN

SASARAN PESERTA : KAKITANGAN KERAJAAN DAN ORANG AWAM

ALAT BANTUAN MENGAJAR: LCD, LAP TOP, SKRIN PUTIH

NAMA PEMBENTANG :    MOHD FADZIL ABD LATIFF (KUMPULAN BELON EMAS)

PERKARA YANG PERLU DISEDIAKAN SEBELUM SESI:

1.      Menyediakan alat pandang dengar

2.      Memastikan tempat latihan – lampu, penghawa dingin dan susun atur kedudukan peserta

 

 

OBJEKTIF : Pada akhir sesi, peserta akan dapat:

         Menyenaraikan jenis-jenis penderaan terhadap kanak-kanak

         Menyenaraikan faktor-faktor penderaan terhadap kanak-kanak

 

No.

Masa

Kandungan

Perincian

Kaedah / Proses

Alat Bantuan Mengajar (ABM)

Catatan

 

1

 

 

 

10 minit

 

Pengenalan

 

         Beri salam

         Tanya khabar

         Perkenalkan diri penceramah

-          Bertanyakan latar belakang peserta terutama sekali pengetahuan mereka mengenai penderaan

 

Ceramah

-          Komunikasi dua hala

 

PowerPoint slaid # 1-3

 

Paparan keratan akhbar dan statistik

 

2

 

5 minit

 

Skop ceramah

 

Skop Ceramah

-          Objektif

-          Definisi

-          Jenis-Jenis Penderaan

-          Kesan

-          Faktor

-          Cara-cara menangani

-          Rumusan

 

Ceramah

 

PowerPoint slaid #4-8

 

 

3

 

2 minit

 

 

Objektif Sesi

 

Pada akhir sesi, peserta akan dapat

         Menyenaraikan jenis-jenis penderaan terhadap kanak-kanak

         Menyenaraikan faktor-faktor penderaan terhadap kanak-kanak

 

Ceramah dan komunikasi dua hala

 

PowerPoint slaid #9-11

 

 

4

 

3 minit

 

Definisi Penderaan

 

         Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.

 

         Perlindungan kanak-kanak merujuk kepada strategi dan aktiviti untuk mencegah dan bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

 

         Pengabaian merujuk kepada kegagalan secara berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak. Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada segala bentuk bahaya, termasuk mengancam nyawa mereka.

 

         Keganasan merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk menyebabkan sebarang bentuk kecederaan dari segi fizikal dan emosi terhadap kanak-kanak.

 

Ceramah dan komunikasi dua hala

 

PowerPoint slaid# 10- 14

 

 

5

 

 

20 minit

 

 

Jenis-jenis penderaan kanak-kanak

 

Penderaan kanak-kanak adalah satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan boleh dikategorikan kepada penderaan fizikal, emosi,seksual dan pengabaian.

Penderaan fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanakkanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu.

Penderaan emosi menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.

Penderaan seksual menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabilaseseorang kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apaaktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks olehmana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.

 

 

Ceramah dan komunikasi dua hala

 

 

 

PowerPoint slaid# 15- 22

 

 

6

 

 

 

20 minit

 

Faktor-faktor penderaan kanak-kanak

 

         Tekanan emosi daripada orang dewasa Contoh Pengalaman dahulu seperti pernah menjadi mangsa dera;

         Tekanan di tempat kerja. Golongan dewasa yang mengalami tekanan di tempat kerja kadangkala terbawa-bawa dengan situasi tersebut akan menjurus kepada penderaan terhadap anak-anak di rumah.

         Kurang kasih sayang ibu bapa atau penjaga

         Pegangan agama yang kurang

         Keretakan hubungan keluarga

 

Ceramah dan komunikasi dua hala

 

PowerPoint slaid# 22 - 28

 

7

20 minit

Kesan penderaan terhadap kanak-kanak

         Perkembangan emosi terjejas;

         Kanak-kanak membesar tanpa keyakinan diri;

         Menjadi seorang pendendam dan kecenderungan mendera pada masa depan

 

Ceramah dan komunikasi dua hala

PowerPoint slaid# 28- 35

 

8

30 minit

Cara-cara menangani penderaan kanak-kanak

         Pendidikan agama dan penerapan nilai-nilai moral dan kasih sayang;

         Berfikiran terbuka dan menerima pandangan serta kaunseling. Contoh mendapatkan nasihat pakar atau kaunselor.

         Menganggap anak-anak sebagai rakan atau sahabat;

         Kempen dan kesedaran kepada masyarakat. Talian Nur 15999.

 

Ceramah dan komunikasi dua hala

PowerPoint slaid# 36- 45

 

9

10 minit

Rumusan

         Rumusan

Jenis-jenis penderaan, faktor. Kesan dan cara menangani penderaan terhadap kanak-kanak

 

Ceramah dan komunikasi dua hala

PowerPoint slaid# 46-48

 

 

Dibina pada 15 Mac 2013 dan dikemaskini pada  oleh Pengendali@2006