Konflik Kepentingan

3_konflik_kepentingan
 

Konflik kepentingan dalam proses penggubalan dasar. Ilmu atau nafsu?

 

 

Terkini semua pejabat kerajaan dan penjawat awam diminta mengamalkan sistem pentadbiran yang cekap, bersih dan amanah.

 

Pengurusan dan pentadbiran yang cekap, bersih dan amanah sendiri mengandungi  makna bahawa amalan pentadbiran di pejabat haruslah berdasarkan kepada Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam 1991.

 

Catatan Bersama

Osotat
Konflik antara manusia berlaku di mana-mana sahaja terutamanya di tempat kerja.

 

Sumber yang tidak mencukupi, percanggahan pendapat dan persepsi, tersalah anggap dan sebagai merupakan sebab-sebab timbulnya konflik ini.

 

Berlaku di mana terdapatnya hubungan manusia terutamanya apabila mereka perlu berkomunikasi dan bekerja bersama untuk mencapai matlamat yang sama tetapi berlainan peranan, tanggungjawab dan keperluan.

 

Konflik kepentingan terjadi karena penyalahgunaan kedudukan atau jawatan. Sesorang ketua sering dengan sewenangnya dengan kuasa dan jawatan  yang dimilikinya mengambil keputusan yang menyalahi kepentingan awam, dan hanya mementingkan kepentingan pribadi atau kelompoknya saja.

 

Konflik kepentingan akan menyebabkan hubungan diantara rakan sekerja menjadi regang dang tegang kerana masing-masing akan hilang kepercayaan dan rasa hormat.

 

Konflik kepentingan adalah ciri awal berlakunya rasuah dan penyalah guna kuasa.

 

Konflik kepentingan lebih banyak didominasi oleh kelompok-kelompok yang memiliki sumber daya ekonomi yang kuat, yang mana sedikit banyak mempengaruhi pendapat dan pandangan diantara rakan sekerja.

 

 Terdapat 4 jenis isu menyebabkan tercetusnya konflik antara manusia.

 

Tidak setuju dengan maklumat/tujuan

Tidak setuju dengan cara melakukan tugas 

Tidak setuju dengan suatu keterangan/fakta

 Tidak setuju dengan nilai (benar/salah)

 

Petunjuk Konflik

 

Sikap tidak bekerjasama

Percanggahan personaliti 

Perbezaan matlamat

Matlamat yang tidak cukup penjelasannya

Kemahiran berbincang secara terbuka

Rendah kemahiran mendengar

Penggunaan bahasa yang rendah

Peranan yang bersesuaian

Mengabai perintah

Kurang keterbukaan

Kurang kerjasama

Perbezaan pendapat tentang cara kerja

Kekaburan kawasan tanggungjawab persendirian

 Kekurangan maklumat berguna

 

Strategi Menangani Konflik

 

Dalam penyelesaian konflik, agama Islam tidak menafikan melaksanakan penyelesaian konflik secara mengenakan tindakan keras yang dilandaskan kepada kebenaran hakiki ke atas pihak yang dianggap bersalah. Islam mengizinkan, contohnya, peperangan (Quran 2:216) sama ada dalam jalan Allah atau membela pihak yang ditindas atau dizalimi (Quran 4:73-75).

Konflik dalam Islam juga boleh diatasi melalui peranan orang tengah yang adil dan berwibawa. Selain itu, penyelesaian konflik boleh dibuat dalam bentuk 'nasihat', 'irsyad' dan 'tawsiyah'.


 

Terdapat lima strategi atau teknik yang boleh digunakan dalam menyelesaikan konflik yang berlaku seperti yang ditunjukkan dengan lebih jelas dalam rajah di atas.

 

Kenneth Thomas, sarjana pengurusan telah menyarankan strategi persaingan, permuafakatan, kompromi, pengelakan dan penyesuaian bagi mencapai matlamat dan perpaduan dalam pasukan.

 

Strategi persaingan selalunya digunakan untuk mengalahkan pihak lawan dan ia mewujudkan situasi menang-kalah kerana kedua-dua pihak yang berkonflik bersaing untuk mencapai matlamat masing-masing. Keadaan ini berlaku dalam kumpulan yang kurang mementingkan perpaduan dan lebih mengutamakan pencapaian matlamat yang ditetapkan. Teknik ini juga digunakan untuk menjaga status, membuat keputusan dengan cepat, memudahkan situasi dan memuaskan kehendak semula jadi manusia apabila kedua-dua pihak enggan untuk bertolak ansur serta berbincang secara terbuka.

 

Strategi yang kedua ialah pengelakan. Isu-isu konflik dipendamkan atau tidak diendahkan buat sementara waktu untuk mengumpulkan maklumat dan menganalisis masalah yang berlaku. Ahli kumpulan cuba mengelak tercetusnya perbalahan kerana perpaduan pasukan yang rendah dan keinginan untuk mencapai matlamat adalah rendah. Adakalanya isu-isu konflik sengaja diketengahkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab tertentu.

 

Strategi kompromi pula menggunakan teknik arbitrasi rundingan dan tawar menawar. Strategi ini memberi faedah kepada kedua-dua pihak yang berkonflik daripada penyelesaian yang dilakukan. Kedua-dua pihak terpaksa mengorbankan kepentingan masing-masing untuk menerima faedah bersama yang telah dipersetujui. Ini bermakna berlaku situasi menang- menang. Kebiasaannya teknik ini melalui proses penyelesaian dengan melibatkan orang ketiga yang bertindak sebagai mediator yang menjadi kepercayaan kedua-dua pihak.

 

Seterusnya strategi penyesuaian yang biasanya bermatlamat untuk memelihara perhubungan dan kedudukan, ingin mendapatkan kerjasama dan menyelesaikan konflik dengan cepat. Sesetengah ahli kumpulan akan mengalah kepada pihak yang lebih dominan kerana keadaan perpaduan kumpulan yang tinggi. Teknik ini hanya memuaskan sebelah pihak sahaja dan lazimnya digunakan oleh majikan yang terlalu berkuasa. Ini bermakna kumpulan kerja tersebut mementingkan perpaduan pasukan namun kepentingan mencapai matlamat adalah rendah.

 

 

Strategi yang terakhir ialah permuafakatan. Dalam teknik ini, kedua-dua pihak mencapai matlamat masing-masing dalam situasi menang-menang. Sikap bertolak ansur dan mementingkan pencapaian matlamat serta perpaduan pasukan menjadi keutamaan.

 

KESIMPULAN


Setiap organisasi menghadapi konflik yang berlaku dalam urusan seharian. Namun kekerapan dan punca timbulnya konflik perlu dititikberatkan demi menjayakan matlamat organisasi. Walaupun konflik sering dilihat meninggalkan kesan negatif namun ia juga memberi impak positif. Pengawalan konflik ke satu tahap tertentu dapat membantu meningkatkan persefahaman dan keberkesanan kumpulan dan organisasi. Oleh yang demikian konflik yang berlaku perlu diatasi sebaik mungkin dengan mencari penyelesaian yang bersesuaian dengan situasi yang berlaku.

 

Konflik dalam organisasi jika tidak diselesaikan akan membawa kesan buruk. Islam melihat konflik yang berlaku dalam organisasi sebagai satu krisis kerohanian insan.

 

Kegagalan manusia yang menganggotai organisasi untuk menghayati nilai-nilai unggul sama ada di peringkat pimpinan atau pengurusan amat wajar ditangani melalui pendekatan Islam.


 

 

Dibina pada 23 Mac 2015 dan dikemaskini pada 2 oleh Pengendali@2006  

This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free