Sekularism dan Humanism

4_sekularisme_humanism
 

Ideologi Sekular-Humanisme dan pengaruhnya dalam pemikiran penggubal dasar

 

SEKULARISME

Catatan

Pemikiran Penggubal
Sekularisme adalah ideologi terkini di mana matlamat ideologi ini bertujuan untuk melahirkan idea dan nilai sekular dalam jiwa individu,masyarakat mahupun negara. Perjuangan utama ideologi ini adalah untuk memisahkan urusan keduniaan seperti politik, ekonomi, sosial, pentadbiran dan undang-undang daripada hal-hal keagamaan. Selain itu, Sekularisme turut menekankan hak kebebasan mutlak setiap individu daripada terikat dengan peraturan dan ajaran agama. Ini kerana Sekularisme percaya bahawa setiap keputusan yang diambil mesti berdasarkan pemikiran akal manusia melalui bukti ujikaji (rasional) dan bukannya bersumberkan doktrin agama.

DEFINISI SEKULARISME

Sekularisme berasal daripada perkataan Latin 'saeculum' yang bermaksud masa dan tempat.
Masa dalam konteks sekular merujuk kepada masa sewaktu menjalani kehidupan, manakala tempat pula merujuk kepada kehidupan dunia yang nyata. Sekular juga memberi penjelasan yang bermaksud pemisahan antara zahir dan batin, fizikal dan spiritual, rohani dan jasmani. Oleh sebab itu, Sekularisme merupakan satu fahaman tentang pemisahan secara mutlak antara agama dengan dunia.

NEGARA SEKULAR

Negara sekular merupakan gagasan negara yang menerima fahaman sekular.
Definisi negara sekular juga boleh diktakrifkan sebagai negara yang mengamalkan pengasingan antara gereja dan negara. Justeru itu dalam istilah politik, Sekularisme ialah gerakan ke arah pemisahan antara agama dan kerajaan.

George Holyoake dalam bukunya telah mengetengahkan 3 prinsip penting yang wajar diaplikasikan dalam sebuah kehidupan masyarakat Sekular iaitu;


i. memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan.
ii. bahawa sains itu adalah panduan hidup bagi manusia.
iii. bahawa sains itu adalah baik untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak.

SEJARAH KEMUNCULAN SEKULARISME

Sekularisme lahir semasa berlakunya penindasan dari pihak gereja.
Teori Darwin juga merupakan antara faktor terbaik yang menguatkan lagi penyebaran Sekularisme.

PENENTANGAN DAN PENGASINGAN KUASA GEREJA

Sekularisme bermula selepas berlakunya tindak balas rakyat terhadap sikap gereja pada zaman pembaharuan Eropah di negara Barat.
Pemberontakan terhadap gereja dan penentangan nasionalisme telah melahirkan Sekularisme. Golongan Protestan telah menentang Katolik pada abad pertengahan untuk menghapuskan dasar penguasaan dan kawalan ke atas cara hidup bangsa Eropah. Justeru itu, ideologi Sekularisme muncul hasil daripada perbalahan dua golongan tersebut.

KEMUNCULAN TEORI CHARLES DARWIN

Charles Robert Darwin ialah ahli biologi Inggeris dan merupakan pelopor teori evolusi yang telah menaikkan lagi martabat Sekularisme.
Beliau meneliti tentang tatacara penciptaan dan keadaan tumbuh-tumbuhan dan binatang. Hasil penelitian tersebut telah menyebabkan beliau memperkenalkan kepada masyarakat dunia tentang teori Evolusi Species. Teori tersebut percaya bahawa semua perkara yang terjadi kepada manusia berdasarkan perubahan evolusi yang pernah dialami oleh nenek moyang anthropoid dan beberapa jenis binatang lain seperti kera dan monyet.

PRINSIP-PRINSIP SEKULARISME

Prinsip utama ideologi ini adalah meningkatkan penguasaan kebendaan dalam kehidupan manusia.
Kebendaan akan menjadi agenda penting dalam prinsip perjuangan sekular untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat. Golongan sekular berpendapat bahawa perjuangan kebendaan, ilmu sains, dan prinsip moral yang liberal membolehkan manusia mencapai matlamat tersendiri.

Ciri-ciri Sekularisme:-
 

  1. Penafian hal-hal kerohanian.
  2. Penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang  agama.
  3. Menafikan adanya nilai hidup yang tetap.
  4. Menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadah.
  5. Menjauhkan agama daripada landasan penting sebagai panduan dan hala tuju hidup manusia dalam pelbagai bidang seperti kesenian, pendidikan dan moral.
  6. Pengasingan kuasa negara daripada peraturan agama. Corak pemerintahan negara perlu dibezakan.
  7. Meyakini bahawa nilai-nilai Islam harus dibezakan daripada nilai-nilai kehidupan dunia dalam setiap aspek.
  8. Beranggapan bahawa institusi politik dalam peradapan kaum muslimin masa lampau adalah cerminan dan warisan tradisi.
  9. Penerapan syariat islam atau nilai-nilai islam akan merugikan penganut agama bukan islam yang boleh menjadi ancaman besar kepada sesebuah persatuan.
  10. Menganggap bahawa syariat Islam sangat terkebelakang, primitif dan ketinggalan zaman. Oleh itu ajaran islam perlu diambil melalui prinsip pragmatisme dan utilitarianisme.
  11. Menyebarkan fahaman-fahaman yang boleh menimbulkan keraguan.

 

 

KAEDAH PENYEBARAN FAHAMAN SEKULARISME

 

Kuasa Barat sangat gigih untuk menyebarkan dan meluaskan fahaman tersebut. Kecanggihan ilmu dan kemajuan teknologi moden, telah memudahkan lagi usaha penyebaran Sekularisme. Antara cara yang dipilih untuk penyebaran fahaman tersebut ialah melalui 3 cara:-

 

  • Pendidikan.
  •  Media massa
  • Undang-undang.

 

Penyebaran Sekularisme Melalui Pendidikan.

 

Penyebaran berlaku melalui pendidikan yang telah dipisahkan daripada pendidikan agama Islam secara fizikal dan moral.

 

1. Menghantar pelajar ke negara luar untuk melanjutkan pengajian.

 

  • Keadaan ini akan menyumbang kepada kejahilan agama di kalangan kaum muda dan mengamalkan cara hidup barat dalam kehidupan mereka.

 

2. Menghapuskan pelajaran agama atas nama pendidikan.

  • Ianya berlaku atas nama slogan pembaharuan, Inggeris telah memasukan pembelajaran umum dalam setiap perkuliahan menyebabkan pelajar lemah untuk menguasai ilmu agama.

 

3. Memperkenalkan institusi pendidikan asing di negara-negara islam.

  • Barat ingin menubuhkan institusi mereka ke negara islam agar mereka mengagungkan bahasa asing dan menghina bahasa arab yang merupakan bahasa umat islam.

 

4. Pergaulan bebas.

 

  • Sekular menghalalkan percampuran bebas antara lelaki dan perempuan dalam sesi pengajaran dengan tujuan untuk mengumpan nafsu mereka.
  • Percampuran tersebut telah menyumbang kepada masalah sosial seperti seks bebas, penguguran bayi, kelahiran anak luar nikah, penyakit kelamin, dan keruntuhan institusi keluarga yang telah dibuktikan oleh ilmu sains.

 

Penyebaran Sekularisme Melalui Media Massa.

 

Media massa telah memainkan peranan penting kerana menyiarkan program yang tidak ilmiah yang merosakan minda seperti filem percintaan, fantasi, hiburan, dan gambar porno. Media massa yang dahulunya menjadi pusat dakwah yang menyeru kebaikan dan kebenaran kemudiannya sedikit demi sedikit diselewengkan untuk menjadi penyebaran fitnah atau maksiat yang menjadi punca penyakit sosial.

 

Penyebaran Sekularisme Melalui Undang-undang.

 

Golongan Sekular ingin memastikan undang-undang islam tidak diguna pakai ataupun dirujuk bagi mana-mana keadaan. Ini kerana islam meliputi semua aspek kehidupan.

KEKUASAAN MANUSIA (MANPOWER)

Manusia sentiasa mempunyai cita-cita yang tinggi. Sebahagian daripada mereka memanfaatkan akal mereka untuk mencapai cita-cita tersebut. Namun begitu, terdapat kelemahannya, kerana ianya sering mendorong manusia untuk mengejar kebendaan semata-mata dan mengabaikan status moral di kalangan mereka lantas mengetepikan nilai-nilai kemanusiaan.

LIBERALISME

Liberalisme adalah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi iaitu kesamarataan peluang dan hak-hak peribadi.
Fahaman ini menekankan prinsip-prinsip kebebasan seperti kebebasan berfikir dan bersuara, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Dari sudut agama, terdapat tokoh yang berjuang menentang penindasan dan keganasan gereja  Katholik iaitu Martin Luther.

MODERNISME

Modernisme merupakan proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Fahaman ini terbentuk daripada perjuangan gerakan pembebasan dan autonomi budaya baru oleh Amerika Latin terhadap cengkaman hagemoni kebudayaan Sepanyol. Modernisme menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi dan uji kaji praktikal.

HUMANISME

Fahaman Humanisme menganggap bahawa manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah tuhan yang maha agong.
Ini kerana manusia yang menentukan hukum-hakam dan bukannya tuhan.

Sifat Fahaman Humanisme

Humanisme mempunyai sifat-sifat berikut:-

a) Percampuran Bebas.

Percampuran bebas antara lelaki dan perempuan tanpa sekatan dan digalakkan atas tidak ada bezanya antara lelaki dan perempuan dari segi hak asasi dan tanggungjawab. Islam mengiktiraf hak yang sama bagi lelaki dan perempuan dengan tanggungjawab yang berbeza mengikut kemampuan dan fisiologi. Humanisme berusaha menghapuskan halangan tabii antara lelaki dan perempuan seperti sikap malu. Mereka menganggap sikap malu ialah negatif lantas mengikut kehendak tabii (haiwan).

b) Penggunaan Istilah-istilah Yang Mengelirukan seperti:-

  • Istilah 'uniseks' yang popular digunakan di  kedai gunting rambut. Kedai gunting rambut Uniseks ialah tempat di mana lelaki dan perempuan boleh mendapatkan khidmat menggunting rambut di kedai yang sama. Namun begitu, fesyen atau gaya yang diperkenalkan oleh kedai tersebut adalah salah, apabila lelaki digalakkan berambut panjang dan perempuan pula berambut seakan akan lelaki.
  • Istilah yang digunakan untuk merujuk kepada pelakon-pelakon filem iaitu gelaran 'bintang-bintang' filem. Istilah tersebut dianggap baik walaupun golongan tersebut mempunyai sifat-sifat negatif yang melanggar syariat agama.
  • Istilah 'Gay'. Ianya digunakan untuk merujuk kepada golongan lelaki yang melakukan hubungan sejenis (homoseks) yang dilarang dalam islam. Namun begitu, kamus telah mentafsir istilah 'gay' sebagai individu yang peramah, liberal, senang bercampur dan bersifat baik.
  • Istilah 'Chairman'. Secara umumnya merujuk kepada individu yang mempengerusikan sesuatu majlis, tetapi dibantah oleh golongan wanita tertentu hanya kerana ianya dianggap merendahkan martabat kaum wanita.
  • Istilah 'He'. Mereka membantah penggunaan perkataan 'He' bagi gantinama tuhan. Mereka menimbulkan persoalan mengapa tuhan dianggap lelaki. Allah tidak menyerupai manusia, dia bukan lelaki atau perempuan. Harus difahami bahawa Allah tidak menyerupai sebarang makhluknya.

 

c) Penukaran Peranan Antara Lelaki dan Perempuan.


'Penukaran peranan' (Change role) antara lelaki dan perempuan adalah bertujuan untuk menggalakan pergaulan bebas. Illuminati bertanggungjawab dalam mengutarakan idea bahawa wanita yang berharga adalah mereka yang melakukan sumbangan kepada masyarat di luar rumahnya perlu diberi pengiktirafan dan ganjaran kenamaan. Mereka beranggap wanita yang tidak berkerjaya tidak menyumbang apa-apa kepada negara. Ini telah melahirkan satu tanggapan kepada mereka bahawa perkahwinan adalah satu aday resam orang purba.

d) Gerakan Pembebasan Wanita.

Istilah tersebut pada awalnya merujuk kepada pembebasan terhadap kezaliman dari kongkongan peraturan-peraturan agama Institusi Gereja Katholik Rom. Gerakan ini kemudiannya dipelopori oleh bangsa yahudi dan dipergunakan oleh Illuminati untuk membebaskan diri daripada peraturan nilai agama.

e) Kaunseling Berkelompok.

Kaunseling berkelompok kononnya digunakan untuk menghapuskan rasa malu. Percampuran jantina dalam aktiviti tersebut adalah digalakkan atas sebab untuk berkongsi atau menyelesaikan masalah sesama mereka. Namun begitu, ianya dilihat mula menyeleweng dari motif utama dengan aktiviti yang menyumbang kepada maksiat.

f) Pendidikan Seks.

Pada awalnya diperkenalkan di Sweden pada 1940 diterapkan ke dalam pendidikan moral. Akan tetapi, pendidikan seks mula diselewengkan oleh negara-negara sekular yang menggalakkan amalan seks ganjil dan curang. Amalan tersebut dihalalkan oleh undang-undang negara. Pendidikan tersebut kurang sesuai diperkenalkan kepada remaja terutamanya mereka yang belum mempunyai akhlak yang mantap dan senang dipengaruhi anasir-anasir yang tidak sihat. Akhibatnya, pelbagai masalah lahir daripada pendekatan tersebut antaranya penularan dadah Aids, penyakit kelamin, seks bebas, dan keruntuhan institusi keluarga yang semakin berleluasa. Dalam pengajian Islam, kitab Fiqah di bab pertama ada membincangkan tajuk Taharah berkaitan kesucian air dan perkahwinan. Ianya juga merangkumi pendidikan seks yang berpaksikan  Tauhid bukannya Sekular

 

 

Dibina pada 23 Mac 2015 dan dikemaskini pada oleh Pengendali@2006