12 Mac Pembelajaran Dewasa

Pembelajaran Dewasa

 

Tarikh

 Masa

Aktiviti

Catatan

12 Mac 2013

(8.30-10.30)

Pembelajaran Dewasa – Puan Siti Hawa Mohamad

Pedagogi vs Andragogi

 

Pedagogi berasal dari perkataan Greek ’paid’ atau kanak-kanak dan ’agogo’ atau memimpin
Andragogi juga berasal dari perkataan Greek ’aner’ dan ’andr’ bermaksud manusia serta ’agogo’ atau memimpin

 ”Pembelajaran dewasa  adalah proses pembangunan diri bagi membolehkan orang dewasamempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri”  .. Puan Siti Hawa Mohamad

 

 

”Pembelajaran dewasa  adalah proses pembangunan diri bagi membolehkan orang dewasa mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri”

 

Dewasa Mendapat Motivasi Belajar

  • Perhubungan sosial
  • Memenuhi arahan atau kehendak ketua/organisasi
  • Memperbaiki kebolehan diri untuk masyarakat
  • Melarikan diri dari kebosanan dan rutin kerja harian

 

 

  • Memerlukan kepakaran baru
  • Keperluan untuk menjaga kepentingan kerjaya
  • Sentiasa bertukar kerjaya
  • Mempunyai masa untuk belajar secara suka-suka

 

 

 

Perbezaan Pedagogi dan Andragogi

 

Pedagogy

Andragogy

Semua maklumat yang diberi diterima oleh peserta

Jurulatih harus faham cara pelajar dewasa belajar

Peserta tidak mempunyai kemahuan berbeza

Peserta mempunyai kemahuan dan keperluan yang berbeza

Kumpulan yang sebaya umur, tiada pengalaman untuk dibawa ke dalam situasi pembelajaran

Satu kumpulan berbeza antara satu sama lain dan membawa bersama pengalaman hidup yang luas ke dalam situasi pembelajaran

Jurulatih adalah input

Peserta adalah input

 

 

Latar Belakang Pelajar Dewasa

 

Ciri-Ciri Pelajar Dewasa

 

  1. Bebas dan Bertindak Ke Arah Kendiri

-       harus diberi kebebasan untuk tentu arah tuju

-       melibatkan mereka secara aktif dan menjadi fasilitator kepada pelajar dewasa

 

  1. Pengetahuan dan Pengalaman Hidup

-       perlu lihat pertalian di antara pembelajaran dengan pengetahuan yang mereka ada dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan

 

  1. Mempunyai Matlamat

-       menghargai program pembelajaran tersusun

-       perlu di tunjuk bagaimana kelas tersebut boleh membantu mencapai matlamat

 

  1. Berpusatkan Objektif

-       perlu tahu sebab mengapa perlu belajar

-       pembelajaran mesti boleh di aplikasikan

 

  1. Praktikal

-       perlu fokus pada aspek kegunaan dalam kerja harian

-       perlu menerangkan kegunaan dan aplikasi dalam pekerjaan mereka

 

 

Perwatakan Pelajar Dewasa

-       mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas

-       mempunyai nilai, kepercayaan dan pendapat yang telah terbina

-       mahu di layan seperti dewasa

-       merasa mereka mengikut arah sendiri ’self-directed’

 

 

-       selalu mempunyai masalah memusat ke arah pembelajaran

-       lebih gemar untuk terus kepada ’bagaimana caranya’

-       mempunyai variasi corak pembelajaran yang tinggi

 

 

Prinsip Pembelajaran Dewasa

 

  • objektif pembelajaran jelas
  • spaced learning
  • active learning
  • maklumbalas
  • pengulangan
  • reinforcement
  • primary and recency
  • meaningful

 

 

 


 

Rumusan

Jurulatih mesti mengenal pasti keperibadian setiap peserta
Memastikan peserta mendapat hasil pulangan yang terbaik melalui pengalaman pembelajran yang mereka telah lalui