Maqasid Syariah

Maqasid Syariah 2015
 

“ Maqasid Al-Syariah”

 

Dalam tugasan dan kerja harian kita ada kah kita mensyukuri nikmat kemerdekaan dan adakah  nikmat ini akan berkekalan dan kemakmuran dalam menjalankan tanggungjawab  akan sentiasa bertambah dengan pengisian-pengisian yang diredhai Allah SWT.

 

Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 7: Maksudnya: “ Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya aku tambahi nikmatku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras.

 

Perkataan “maqasid” berasal daripada “qasad dan maqsad” yang bererti tujuan atau maksud.  Syari`ah ialah perundangan Islam.  Kedua perkataan itu digabungkan bermaksud   tujuan perudangan Islam atau sebahagian penulis menamakannya dengan Falsafah Tashri’atau Falsafah Perundangan Islam. 

 

 

Jadi, tajuk ini membincangkan mengenai mengapa diturunkan undang-undang Islam seperti yang kita ketahui sekarang.

 

Mengikut Haron Din (2000) tujuan Allah menurunkan undang-undang syari’at ialah untuk menjaga lima perkara, iaitu:

 

1.   Agama

2.   Jiwa

3.   Akal fikiran

4.   Harta benda

5.   Keturunan

 

Huraian

 

Menjaga agama bermakna menjaga agama seseorang muslim itu supaya tidak jatuh, atau menjadi murtad.  Menjaga agama juga bermaksud menjaga

Catatan
 Penjaga Agama
kesucian dan ketinggian agama Islam sebagai agama Allah, iaitu Tuhan yang menciptakan seluruh alam.  Dengan demikian maka terdapat undang-undang syari’at yang melarang orang Islam murtad.  Sekiranya murtad ia akan dinsihat supaya bertaubat dan kembali balik kepada Islam dalam masa 20 hari.  Sekiranya masih engkar juga maka ia dihukum bunuh (Mastika Hadith, jld. 1).  Ini adalah untuk mejaga kesucian agama, kerana yang keluar daripada Islam ia  menghina Islam, lantaran itu ia dihukum bunuh.

 

Perundangan Islam juga mencegah penganutnya mengamalkan amalan syirik, kerana syarik boleh merosakkan aqidah seseorang.  Orang yang rosak aqidah jika ia mati dalam keadaan demikian ia akan kekal di dalam neraka, sedangkan   ia adalah ahli syurga kerana ia seorang muslim. Jadi, undang-undang Islam hendak menyelamatkan setiap muslim daripada neraka. Demikianlah indahnya perundangan Islam.

 

Menjaga Jiwa bermaksud menjaga diri seseorang daripada hilang jiwanya atau mati disebabkan oleh kezaliman manusia.  Dengan sebab itu turun undang-undang melarang membunuh orang atau membunuh diri dengan apa cara sekalipun.  Orang yang membunuh orang, sama ada secara terang atau sulit dikira bersalah, dan kesalahan itu hukumannya ialah  dibunuh balas (hukum Qisas).  Jadi, hukum Qisas itu ialah untuk memelihara jiwa manusia.

 

Menjaga Akal fikiran bermaksud menjaga kesihatan akal dengan menjauhi perkara-perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi mabuk atau gila.  Kerana mabuk itu menjatuhkan martabat manusia lebih rendah daripada binatang, sebab ia tidak boleh berfikir dengan waras. Malah ia akan membahayakan dan membawa kerosakan kepada orang lain khasnya jika ia memandu semasa sedang mabuk.  Akal fikiran adalah anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia.  Dengan demikian Islam melarang kita merosakkanya.  Larangan tersebut adalah untuk memelihara akal yang sihat daripada tercemar dan memelihara keselamatan umum  serta harta benda.

 

Harta benda ialah semua yang kita miliki.  Harta benda adalah satu pemberian Allah  kepada hambaNya setelah ia berusaha untuk mendapatkannya.  Mencuri, menyamun, menipu, monopoli dan sebagainya adalah satu kerosakan kerana memindahkan milik seseorang kepada orang lain dengan secara zalim. Perbuatan itu juga menyebabkan masyarakat tidak aman, dengan sebab itu maka Islam mengharamkan perbuatan tersebut.  Inilah falsafah di sebalik pengharamannya.

 

Keturunan.  Manusia yang sempurna akalnya menginginkan keturunan yang baik dan sihat.  Islam pula menganjurkan supaya menjaga keturunan dan melarang merosakkannya.  Perbuatan zina, rogol, homoseks adalah di antara amalan-amalan yang boleh merosakkan keturunan  Dengan sebab itu Islam mengharamkan semua amalan seperti tersebut.  Tujuannya tidak lain melainkan untuk menjaga keturunan dan kedamaian rumah tangga.

 

Pembahagian Maqasid

 

Daripada keterangan di atas boleh dibuat kesimpulan bahawa Maqasid Shar’iyah boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

 

1.   Maqasid ‘Ammah

2.   Maqasid Khassah

 

Maqsih ‘Ammah ialah tujuannya untuk masyarakat umum.  Contohnya larangan daripada mencuri, arak dan zina ialah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman umum.  Yakni seluruh manusia atau ahli masyarkat mendapat manfaatnya dan terjauh daripada kerugian dan kerosakan.

 

Maqasid Khassah ialah kebaikannya untuk perseorangan.  Contohnya orang tidak minum arak terselamat akalnya daripada rosak.  Orang yang tidak meminang atas pinangan orang lain atau tunang orang, terselamat dirinya daripada cemohan orang.

 

Selain daripada larangan, suruhan yang positif juga mempunyai tujuan atau hikmahnya yang tertentu yang dikatakan Maqasid al-Shari’ah.  Contohnya solat.  Solat Jamaah  dapat  mengukuhkan persahabatan, malah solat itu sendiri bertujuan untuk mengingati Allah dan  mendekatkan diri kepadaNya  Seperti firman Allah yang bermaksud:  Sesungguhnya Aku-lah Allah, tiada tuhan melainkan Aku.  Maka beribadatlah kepadaKu dan dirikan solat untuk mengingati Aku.  Surah Taha 14. 

 

Falsafah daripada mengingati Allah ialah untuk mendapat ketenangan.  Firman Allah: Maksudnya:   Ingatlah bahawa dengan mengingatkan Allah akan mententeramkan jiwa.  Surah al-Ra’d 28

 

Orang Islam diajar bahawa untuk mendapat ketenangan hendaklah mengingati Allah, iaitu dengan cara beribadat kepadanya, khasnya dengan mendirikan solat.  Ketenangan tidak akan dapat dengan mengunjungi pusat-pusat hiburan, minum arak, mengambil dadah atau berpoya-poya.  Dengan mendekatkan diri kepada Allah sahajalah yang akan dapat menenteram  dan menenangkan jiwa kita.

 

Selain daripada itu, Allah menjamin bahawa orang yang menunaikan solat dengan sempurna akan terhindar daripada melakukan perkara mungkar dan keji.  Ini jelas daripada firman Allah:  Bermaksud:  Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah (pelakunya) daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar.  Surah al-‘Ankabut 45.

 

Demikianlah dengan ibadat-ibadat lain seperti zakat, haji, umarh, aqiqah, qurban dan lain-lain atau larangan-larangan Allah seperti menzalimi, menfitnah,  membunuh, menuduh dan sebagainya, semuanya mempunyai hikmah-hikmahnya yang tertentu yang dipanggil Maqasi al-Shar’iyah.

 

 

Dibina pada 23 Mac 2015 dan dikemaskini pada 25-Mar-15 oleh Pengendali@2006  

This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free