Contoh Aktiviti Belon Emas
RANCANGAN SESI PENGAJARAN
TAJUK KURSUS                     :           KESEDARAN
TERHADAP PENDERAAN KANAK-KANAK
TAJUK SESI                            :           PENGENALAN
KEPADA PENDERAAN KANAK-KANAK
MASA                                       :           2
jam   (120 Minit)
KEDUDUKAN FIZIKAL            :           DEWAN 
SASARAN PESERTA             :           KAKITANGAN
KERAJAAN DAN ORANG AWAM
ALAT BANTUAN MENGAJAR:            LCD,
LAP TOP, SKRIN PUTIH
NAMA PEMBENTANG           :             MOHD FADZIL ABD LATIFF (KUMPULAN
BELON EMAS)
PERKARA YANG PERLU DISEDIAKAN SEBELUM SESI:
1.      
Menyediakan alat pandang dengar
2.      
Memastikan tempat latihan – lampu, penghawa dingin dan susun atur kedudukan
peserta
OBJEKTIF                   :           Pada akhir sesi, peserta akan dapat:
·        
Menyenaraikan jenis-jenis penderaan
terhadap kanak-kanak
·        
Menyenaraikan faktor-faktor
penderaan  terhadap kanak-kanak
| No. | Masa | Kandungan | Perincian | Kaedah / Proses | Alat Bantuan Mengajar (ABM) | Catatan | 
| 1 | 10 minit | Pengenalan | ·        
  Beri salam ·        
  Tanya khabar ·        
  Perkenalkan diri penceramah -         
  Bertanyakan latar belakang peserta
  terutama sekali pengetahuan mereka mengenai penderaan | Ceramah -         
  Komunikasi dua hala | PowerPoint slaid # 1-3 | Paparan keratan akhbar dan
  statistik | 
| 2 | 5 minit | Skop ceramah | Skop Ceramah -         
  Objektif -         
  Definisi -         
  Jenis-Jenis Penderaan -         
  Kesan -         
  Faktor -         
  Cara-cara menangani -         
  Rumusan | Ceramah | PowerPoint slaid #4-8 |  | 
| 3 | 2 minit | Objektif Sesi | Pada akhir sesi, peserta akan dapat ·        
  Menyenaraikan jenis-jenis penderaan
  terhadap kanak-kanak ·        
  Menyenaraikan faktor-faktor
  penderaan  terhadap kanak-kanak | Ceramah dan komunikasi dua
  hala | PowerPoint slaid #9-11 |  | 
| 4 | 3 minit | Definisi Penderaan | ·        
  Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di
  bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. ·        
  Perlindungan kanak-kanak merujuk kepada strategi dan
  aktiviti untuk mencegah dan bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan,
  keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak. ·        
  Pengabaian merujuk kepada kegagalan secara berterusan
  dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan
  dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat
  perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak. Pengabaian boleh
  mendedahkan kanak-kanak kepada segala bentuk bahaya, termasuk mengancam nyawa
  mereka. ·        
  Keganasan merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat
  untuk menyebabkan sebarang bentuk kecederaan dari segi fizikal dan emosi terhadap
  kanak-kanak. | Ceramah dan komunikasi dua hala | PowerPoint slaid# 10- 14 |  | 
| 5 | 20 minit | Jenis-jenis penderaan
  kanak-kanak | Penderaan kanak-kanak adalah satu
  pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk
  berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko
  dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan boleh dikategorikan
  kepada penderaan fizikal, emosi,seksual
  dan pengabaian. Penderaan
  fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang
  kanak-kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh
  dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanakkanak itu akibat kekerasan atau penggunaan
  agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu. Penderaan
  emosi menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang
  kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh
  dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan
  mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan
  perkembangan lambat. Penderaan
  seksual menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabilaseseorang
  kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada
  sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apaaktiviti yang berunsur seks bagi
  apa-apa maksud atau eksploitasi seks olehmana-mana orang bagi memuaskan nafsu
  seks orang itu atau orang lain. | Ceramah dan komunikasi dua
  hala             | PowerPoint slaid# 15- 22 |  | 
| 6 | 20 minit | Faktor-faktor penderaan
  kanak-kanak | ·        
  Tekanan emosi daripada orang dewasa
  Contoh Pengalaman dahulu seperti pernah menjadi mangsa dera; ·        
  Tekanan di tempat kerja. Golongan
  dewasa yang mengalami tekanan di tempat kerja kadangkala terbawa-bawa dengan
  situasi tersebut akan menjurus kepada penderaan terhadap anak-anak di rumah. ·        
  Kurang kasih sayang ibu bapa atau
  penjaga ·        
  Pegangan agama yang kurang ·        
  Keretakan hubungan keluarga | Ceramah dan komunikasi dua
  hala             |              PowerPoint slaid# 22 - 28 |  | 
| 7 | 20 minit | Kesan penderaan terhadap
  kanak-kanak | ·        
  Perkembangan emosi terjejas; ·        
  Kanak-kanak membesar tanpa keyakinan
  diri; ·        
  Menjadi seorang pendendam dan
  kecenderungan mendera pada masa depan | Ceramah dan komunikasi dua
  hala             |              PowerPoint slaid# 28- 35 |  | 
| 8 | 30 minit | Cara-cara menangani penderaan
  kanak-kanak | ·        
  Pendidikan agama dan penerapan
  nilai-nilai moral dan kasih sayang; ·        
  Berfikiran terbuka dan menerima
  pandangan serta kaunseling. Contoh mendapatkan nasihat pakar atau kaunselor. ·        
  Menganggap anak-anak sebagai rakan
  atau sahabat; ·        
  Kempen dan kesedaran kepada
  masyarakat. Talian Nur 15999.  | Ceramah dan komunikasi dua
  hala             |              PowerPoint slaid# 36- 45 |  | 
| 9 | 10 minit | Rumusan | ·        
  Rumusan Jenis-jenis penderaan, faktor.
  Kesan dan cara menangani penderaan terhadap kanak-kanak | Ceramah dan komunikasi dua
  hala             |              PowerPoint slaid# 46-48 |  | 
Dibina pada 15 Mac 2013 dan dikemaskini pada oleh Pengendali@2006