Konflik Kepentingan
Konflik kepentingan dalam proses penggubalan dasar. Ilmu atau nafsu?
Terkini
semua pejabat kerajaan dan penjawat awam diminta mengamalkan sistem pentadbiran
yang cekap, bersih dan amanah.
Pengurusan dan
pentadbiran yang cekap, bersih dan amanah sendiri mengandungi makna bahawa amalan pentadbiran di
pejabat haruslah berdasarkan kepada Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam 1991.
Sumber
yang tidak mencukupi, percanggahan pendapat dan persepsi, tersalah anggap dan
sebagai merupakan sebab-sebab timbulnya konflik ini.
Berlaku di mana
terdapatnya hubungan manusia terutamanya apabila mereka perlu berkomunikasi dan
bekerja bersama untuk mencapai matlamat yang sama
tetapi berlainan peranan, tanggungjawab dan keperluan. Konflik kepentingan terjadi karena penyalahgunaan kedudukan atau jawatan. Sesorang ketua sering dengan sewenangnya dengan kuasa dan jawatan yang dimilikinya mengambil keputusan yang menyalahi kepentingan awam, dan hanya mementingkan kepentingan pribadi atau kelompoknya saja. Konflik kepentingan akan menyebabkan hubungan diantara rakan sekerja menjadi regang dang tegang kerana masing-masing akan hilang kepercayaan dan rasa hormat. Konflik kepentingan adalah ciri awal berlakunya rasuah dan penyalah guna kuasa. Konflik kepentingan lebih banyak didominasi oleh kelompok-kelompok yang memiliki sumber daya ekonomi yang kuat, yang mana sedikit banyak mempengaruhi pendapat dan pandangan diantara rakan sekerja. Terdapat 4 jenis isu menyebabkan tercetusnya konflik antara manusia. Tidak setuju dengan maklumat/tujuan Tidak setuju dengan cara melakukan tugas Tidak setuju dengan suatu keterangan/fakta Tidak setuju dengan nilai (benar/salah) Petunjuk Konflik Sikap tidak bekerjasama Percanggahan personaliti Perbezaan matlamat Matlamat yang tidak cukup penjelasannya Kemahiran berbincang secara terbuka Rendah kemahiran mendengar Penggunaan bahasa yang rendah Peranan yang bersesuaian Mengabai perintah Kurang keterbukaan Kurang kerjasama Perbezaan pendapat tentang cara kerja Kekaburan kawasan tanggungjawab persendirian Kekurangan maklumat berguna Strategi Menangani Konflik Dalam
penyelesaian konflik, agama Islam tidak menafikan melaksanakan penyelesaian
konflik secara mengenakan tindakan keras yang dilandaskan kepada kebenaran
hakiki ke atas pihak yang dianggap bersalah. Islam mengizinkan, contohnya, peperangan
(Quran 2:216) sama ada dalam jalan Allah atau membela
pihak yang ditindas atau dizalimi (Quran 4:73-75).
Terdapat lima strategi atau teknik yang boleh digunakan dalam menyelesaikan konflik yang berlaku seperti yang ditunjukkan dengan lebih jelas dalam rajah di atas. Kenneth Thomas, sarjana pengurusan telah menyarankan strategi persaingan, permuafakatan, kompromi, pengelakan dan penyesuaian bagi mencapai matlamat dan perpaduan dalam pasukan. Strategi persaingan selalunya digunakan untuk mengalahkan pihak lawan dan ia mewujudkan situasi menang-kalah kerana kedua-dua pihak yang berkonflik bersaing untuk mencapai matlamat masing-masing. Keadaan ini berlaku dalam kumpulan yang kurang mementingkan perpaduan dan lebih mengutamakan pencapaian matlamat yang ditetapkan. Teknik ini juga digunakan untuk menjaga status, membuat keputusan dengan cepat, memudahkan situasi dan memuaskan kehendak semula jadi manusia apabila kedua-dua pihak enggan untuk bertolak ansur serta berbincang secara terbuka. Strategi yang kedua ialah pengelakan. Isu-isu konflik dipendamkan atau tidak diendahkan buat sementara waktu untuk mengumpulkan maklumat dan menganalisis masalah yang berlaku. Ahli kumpulan cuba mengelak tercetusnya perbalahan kerana perpaduan pasukan yang rendah dan keinginan untuk mencapai matlamat adalah rendah. Adakalanya isu-isu konflik sengaja diketengahkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab tertentu. Strategi kompromi pula menggunakan teknik arbitrasi rundingan dan tawar menawar. Strategi ini memberi faedah kepada kedua-dua pihak yang berkonflik daripada penyelesaian yang dilakukan. Kedua-dua pihak terpaksa mengorbankan kepentingan masing-masing untuk menerima faedah bersama yang telah dipersetujui. Ini bermakna berlaku situasi menang- menang. Kebiasaannya teknik ini melalui proses penyelesaian dengan melibatkan orang ketiga yang bertindak sebagai mediator yang menjadi kepercayaan kedua-dua pihak. Seterusnya strategi penyesuaian yang biasanya bermatlamat untuk memelihara perhubungan dan kedudukan, ingin mendapatkan kerjasama dan menyelesaikan konflik dengan cepat. Sesetengah ahli kumpulan akan mengalah kepada pihak yang lebih dominan kerana keadaan perpaduan kumpulan yang tinggi. Teknik ini hanya memuaskan sebelah pihak sahaja dan lazimnya digunakan oleh majikan yang terlalu berkuasa. Ini bermakna kumpulan kerja tersebut mementingkan perpaduan pasukan namun kepentingan mencapai matlamat adalah rendah. Strategi yang terakhir ialah permuafakatan. Dalam teknik ini, kedua-dua pihak mencapai matlamat masing-masing dalam situasi menang-menang. Sikap bertolak ansur dan mementingkan pencapaian matlamat serta perpaduan pasukan menjadi keutamaan. KESIMPULAN
Konflik dalam organisasi jika tidak diselesaikan akan membawa kesan buruk. Islam melihat konflik yang berlaku dalam organisasi sebagai satu krisis kerohanian insan. Kegagalan manusia yang menganggotai organisasi untuk menghayati nilai-nilai unggul sama ada di peringkat pimpinan atau pengurusan amat wajar ditangani melalui pendekatan Islam.
|
Dibina pada 23 Mac 2015 dan dikemaskini pada 2 oleh Pengendali@2006